banner sekolah

banner sekolah
Berilmu dan Berbakti

Isnin, 4 November 2013

Program "Siapa Awal"

PENDAHULUAN

Program ”Siapa Awal?”  dirancang bagi melatih murid Sekolah Kebangsaan Sugai Pasir supaya dapat hadir ke sekolah lebih awal. Sepuluh orang murid yang terawal diminta mencatat nama pada buku yang disediakan mengikut aliran masing-masing. Pihak sekolah akan menentukan pemenang pada setiap aliran. Pada permulaan, hadiah akan diberikan setiap minggu selama tiga minggu. Pada bulan kedua, pemenangnya berdasarkan bulanan. Program ini berjalan hingga tamat sesi persekolahan sesi 2013.

RASIONAL

Disiplin dan kesediaan belajar amat penting bagi pelajar sekolah. Kesediaan murid dari segi masa dan keselesaan adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu mereka perlu masa senggang yang cukup sebelum memulakan pembelajaran. Masa senggang juga boleh mereka gunakan untuk mengulangkaji pelajaran sendirian atau bersama rakan-rakan sekelas. Tambahan pula, mereka boleh menambahkan ilmu dengan membaca bahan bahan tambahan yang disediakan. Melalui program ini peserta akan dididik dengan budaya datang awal ke sekolah dan diharap dapat menjurus kepada kecemerlangan akademik, sahsiah serta disiplin terpuji dan kualiti kepimpinan untuk dimanafaatkan kepada diri dan masyarakat.




OBJEKTIF

  • Melatih murid meningkatkan disiplin diri dengan menepati masa.
  • Menggalakkan budaya datang awal ke sekolah.
  • Membantu murid untuk lebih bersedia menghadapi pengajaran dan pembelajaran
  • Membantu menjayakan kempen sifar ponteng di sekolah.


 TARIKH

            Perasmian    :  28 Julai 2013 ( Ahad)
                                    Perhimpunan mingguan sesi pagi dan petang.


            Pelaksanaan :  18 Ogos 2013hingga 14 November 2013




Tiada ulasan:

Catat Ulasan