banner sekolah

banner sekolah
Berilmu dan Berbakti

Sabtu, 16 November 2013

Program Guru Penyayang


Penyayang bermaksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati rang lain. 

Guru penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, dan sebagainya.

















KEM BESTARI SOLAT UNTUK TAHUN 2 & 3

Tarikh : 14 Novenber 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : sURAU sksp


1. PENDAHULUAN.
Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.


2. OBJEKTIF
2.1 Murid dapat mengambil wuduk dengan sempurna.
2.2 Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu dengan betul.
2.3 Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat betul dan lancar.
2.4 Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara bersendirian atau berjamaah.


+++++++++++++++++





Jumaat, 15 November 2013

BENGKEL TMK UNTUK TAHUN 2 & 3

Tarikh : 14 Novenber 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Bengkel TMK - Makmal komputer sksp
              

Catatan :

Persekitaran pembelajaran masakini hendaklah mampu menyediakan pelajar untuk masa depan sama ada mereka memasuki alam perkerjaan atau memasuki institusi pendidikan tinggi.Pelaksanaan penggunaan TMK dalam pendidikan memberi kesan kepada pencapaian objektif pembelajaran, motivasi dan hubungan antara pelajar.TMK dalam pendidikan hendaklah diasaskan kepada teori-teori pendidikan dan kaedah-kaedah yang sesuai dan tidak hanya dipengaruhi oleh teknologi yang ada.
Pengintegrasian TMK dalam pendidikan telah memberi kesan yang mendalam terhadap fungsi guru, fungsi pelajar dan penggunaan ruang di dalam kelas.Untuk melaksanakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran peggunaan teknologi.


+++++++++++++++++++++++++++++





Selasa, 12 November 2013

HAC SKSP 2013


TARIKH : 13 NOV. 2013

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH

+++++++++++++++++++++++++

SEKITAR HAC 2013






Isnin, 11 November 2013

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Click on the slide!
Perlaksanaan ; Sepanjang bulan Ogos 2013.

Objektif:-

Sambutan  Bulan  Kemerdekaan  yang  setiap  tahun diadakan di sekolah merupakan salah satu daripada pengisian wajar  bagi mengenang dan menghargai negara Malaysia. Di samping itu juga, sambutan ini bermatlamat untuk;
  • a.   Mewujudkan sikap bekerjasama , tolong menolong dan mewujudkan  suasana muhibbah  secara sedar dan terancang
    b.   Menanamkan sikap bertanggungjawab dan semangat cintakan negara pelajar kepada negara Malaysia
     c.   Menyemai perasaan hormat-menghormati antara semua kaum yang menjadi warga negara   Malaysia
    d.   Memberi kesedaran kepada pelajar betapa penting hidup dalam keadaan aman damai
                 e.  Memberi kesedaran kepada pelajar betapa beruntungnya kita menjadi warganegara                             Malaysiamenanamkan semangat cintakan negara dalam kalangan murid



Aktiviti :-

  • pertandingan mewarna
  • perarakan Hari Kebangsaan
  • Pembacaan Ikrar
  • Peyampaian utusan pemimpin
+++++++++++++++++++





KURSUS SISTEM PENGuRUSAN SEKOLAH

TARIKH : 11 NOV. 2013
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

MASA;

guru sesi pagi - 2.00 ptg - 4.30 ptg
guru sesi petang - 10.30 pagi - 1.00 th


Objektif ::


  • mengemaskini data setiap guru
  • mengemaskini data murid dan penjaga
  • membekalkan pengetahuan guru terhadap sistem terkini
++++++++++++++++++++++++++




Ahad, 10 November 2013

PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh   : 12 September 2013
Masa    : 09 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Rumah Sri Kenangan Bedong, Kedah.


Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) telah dianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Sivik dan kewarganegaraan, Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani Kedah. 


MATLAMAT

Program ini merupakan suatu usaha bagi mencetuskam pembinaan insan kepada murid dan guru supaya berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga , masyarakat serta negara. 


OBJEKTIF

Selepas mengikuti program ini, guru dan  murid dapat :-

  • Menunjukkan tingkah laku ciri-ciri yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.
  • Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
  • Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental
  • Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal, komunikasi, adab dan protokol, serta mengekalkan perpaduan.
  • Melahirkan masyarakat penyayang serta menghargai warga emas.

ASAS PERTIMBANGAN:

Program ini bertujuan memenuhi keperluan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Sivik dan kewarganegaraan Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2013.