banner sekolah

banner sekolah
Berilmu dan Berbakti

Ahad, 10 November 2013

PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh   : 12 September 2013
Masa    : 09 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Rumah Sri Kenangan Bedong, Kedah.


Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) telah dianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Sivik dan kewarganegaraan, Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani Kedah. 


MATLAMAT

Program ini merupakan suatu usaha bagi mencetuskam pembinaan insan kepada murid dan guru supaya berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga , masyarakat serta negara. 


OBJEKTIF

Selepas mengikuti program ini, guru dan  murid dapat :-

  • Menunjukkan tingkah laku ciri-ciri yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.
  • Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
  • Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental
  • Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal, komunikasi, adab dan protokol, serta mengekalkan perpaduan.
  • Melahirkan masyarakat penyayang serta menghargai warga emas.

ASAS PERTIMBANGAN:

Program ini bertujuan memenuhi keperluan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Sivik dan kewarganegaraan Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2013.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan