PENDAHULUAN
Program ”Siapa Awal?” dirancang bagi melatih murid Sekolah
Kebangsaan Sugai Pasir supaya dapat hadir ke sekolah lebih awal. Sepuluh orang
murid yang terawal diminta mencatat nama pada buku yang disediakan mengikut
aliran masing-masing. Pihak sekolah akan menentukan pemenang pada setiap
aliran. Pada permulaan, hadiah akan diberikan setiap minggu selama tiga minggu.
Pada bulan kedua, pemenangnya berdasarkan bulanan. Program ini berjalan hingga
tamat sesi persekolahan sesi 2013.
RASIONAL
Disiplin dan kesediaan belajar amat penting bagi
pelajar sekolah. Kesediaan murid dari segi masa dan keselesaan adalah penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu mereka perlu masa senggang yang
cukup sebelum memulakan pembelajaran. Masa senggang juga boleh mereka gunakan
untuk mengulangkaji pelajaran sendirian atau bersama rakan-rakan sekelas.
Tambahan pula, mereka boleh menambahkan ilmu dengan membaca bahan bahan
tambahan yang disediakan. Melalui program ini peserta akan dididik dengan
budaya datang awal ke sekolah dan diharap dapat menjurus kepada kecemerlangan
akademik, sahsiah serta disiplin terpuji dan kualiti kepimpinan untuk
dimanafaatkan kepada diri dan masyarakat.
OBJEKTIF
- Melatih murid meningkatkan disiplin diri dengan menepati masa.
- Menggalakkan budaya datang awal ke sekolah.
- Membantu murid untuk lebih bersedia menghadapi pengajaran dan pembelajaran
- Membantu menjayakan kempen sifar ponteng di sekolah.
TARIKH
Perasmian : 28
Julai 2013 ( Ahad)
Perhimpunan
mingguan sesi pagi dan petang.
Pelaksanaan
: 18 Ogos 2013hingga 14 November 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan