6 Mac 2013
Sk Sungai Pasir
Pengenalan Program
Sasaran utama program ini adalah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah.
bagi membantu menjayakan visi sekolah kearah kecemerlangan dalam disiplin serta diharapkan dapat memberi kesedaran awal tentang bahaya pengalahgunaan dadah kepada warga Sk Sungai Pasir.
Matlamat
- Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan , kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa akan bahaya dadah.
- Memberi pengetahuan tentang dadah supaya mereka dapat menjauhi dari terlibat dengan gejala dadah.
- Membina keupayaan untuk menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah" bagi tahun 2013.
- Melahirkan insan yang mempunyai daya premikiran yang kreatif dan kritis.
Objektif
- Memupuk kesedaran kepada semua murid, guru dan kakitangan sekolahtentang bahaya terjebak dengan gejala dadah.
- Murid mempunyai kesedaran dan kefahamanuntuk menjauhi dadah
- Dapat membentuk budaya dan tingkah laku yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
- Di harap dapat mewujudkan permuafakatan di kalangan warga SKSP untuk saling bekerjasama membanteras gejala dadah dari menular.
- Dapat membina ketahanan mental, emosi, rohani dan semangat jati diri dikalangan murid.
Aktiviti-aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Anti Dadah
- Ceramah anti dadah
- Pertandingan mewarna tahun 2 dan tahun 3
- Pertandingan melukis poster tahap 2 (tahun 4,5, dan 6 )
- Pertandingan buku skrap kumpulan dan individu tahap 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan